Monday, October 7, 2013

Betulkan niat. Pilih dari tiga.


Dalam kehidupan ini Allah berikan kita empat ujian yang mana ujian-ujian tersebut sebenarnya kita telah diberikan nikmat ketahanan terlebih dahulu untuk menanganinya. Tanpa kita sedari kita telah dikurniakan rahmat dari Allah dan bagi yang tidak mahu berfikir lebih mendalam serta positif akan terjerumus dalam kekhayalan duniawi dengan keadaan riak dan sombong melayari dunia sementara ini.

Ujian pertama seperti mana yang aku dengar dari ceramah Ustaz Kazim Elias beberapa hari lalu ialah:-

Ujian takut kepada perkara perkara yang tidak sepatutnya. Apakah kita harus melayani perasaan takut itu kerana kelak yang kerugian adalah diri kita sendiri! Kembali kepada sunnah Nabi Muhammaf S.A.W. yang mana disarankan bahawa umat Islam mesti berani. Berani dalam kontek apa sahaja di dalam dunia ini bagi mencapai saham akhirat yang hakiki. Contohnya; kita disarankan untuk tidak menakutkan anak-anak kita kepada perkara tahyul apatah lagi mengamalkan perkara tahyul kerana itulah yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah percaya bomoh atau dukun. Memanglah kita harus mengambil kira rukun iman yang wajib iaitu; percaya kepada perkara ghaib. Tapi apa yang dimaksudkan disini ialah percaya Allah itu benar walaupun tak nampak pada mata kasar, percaya syaitan itu musuh benar walaupun tak nampak rupa bentuknya memasuki pembuluh darah kita, percaya Malaikat itu benar walaupun tidak nampak mereka mendoakan kita setiap kali kita bersujud kepada Allah.

Ujian kedua pula ialah ujian lapar. Kita ini sebenarnya punyai banyak makanan dan minuman yang mengenyangkan perut dan menyegarkan tekak. Lihat sahaja waktu waktu makan kita. Pagi, merata orang menjual nasi lemak dan boleh pula kita sentiasa membelinya! Tengahari, kita katakan kita berjimat membawa bekal ke pejabat supaya belanja sedikit sahaja tetapi selepas makan kita berjalan ke luar pejabat, nampak orang menjual buahan, boleh pula kita membelinya walaupun RM 1 sahaja. Itulah rezeki yang kita lupai dek kerana kita mengatakan kita ini selalu lapar tak cukup rezeki. Itulah ujian lapar yang Allah berikan kepada kita untuk diiktibarkan sebagai satu nikmat dan rezeki yang melimpah ruah. Ujian lapar juga adalah kepada orang yang telah ditarik balik nikmat kesihatannya. Cohtohnya orang yang tidak mahu sedar dan makan sesuka hati, lalu bila Allah tarik balik nikmat kesihatan dan berikan sakit diabetes, mulalah dia merasakan dia lapar tak dapat makan apa sahaja seperti dulu kerana apabila sudah sakit barulah hendak menjaga kesihatan.

Ujian ketiga pula ialah ujian harta dunia. Kita selalu kalut memikirkan kekayaan wang ringgit sehingga mengabaikan tanggungjawab ibadah dan hak yang wajib. Itulah ujian yang Allah beri kepada kita maka yang lalai dan leka akan tertinggal dari meraih pahala dari Allah SWT. Ada juga yang telah merasa dirinya cukup hebat mendapat harta dunia dan hidup senang. Itulah juga ujian kepada orang itu yang mana kalau tidak bangun dan sedar maka dia akan terjerumus dalam kemurkaan Allah. Sedangkan bagi orang yang telah mencapai kesenangnan hidup juga masih perlu menunaikan tanggungjawabny asebagai orang yang memberi manfaat kepada orang lain contohnya menunaikan zakat untuk menyucikan harta, hati dan intipati diri (ini wajib kepada Allah Taala), memiliki takaful sebagai perlindungan kepada diri dan keluarga agar tidak menyusahkan orang lain apabila kejadian musibah menimpa (ini wajib kepada diri sendiri dan zuriat), menunaikan haji dan umrah (ini wajib bagi semua maka hendaklah semua berusaha menjadi mampu untuk melakukannya) Bagi yang masih memanjat tangga kejayaan dunia, janganlah lupa untuk bersyukur denga ujian kesusahan kerana Allah sahaja yang tahu mengapa Dia memberikan ujian kesusahan atau kemiskinan kepada kita. Namun tiada pula nas-nas Al-Quran yang menyatakan kita dihalang untuk berusaha melawan kemiskinan itu kerana kemiskinan yang ditimpakan kepada kita bukanlah ujian yang Allah suruh kita redha sahaja, sebaliknya ujian yang memberi peluang kepada kita untuk kita tunjukkan kepada Allah bahawa kita berusaha merebut peluang mencapai apa yang Allah telah berikan dalam dunia ini untuk semua. Allah sangatlah suka kepada orang yang senantiasa berusaha.

Ujian keempat ialah ujian kehilangan yang ramai orang takkan dapat mengatasinya secepat kilat. Masing masing akan mempunyai sisa sisa tinggalan kekecewaan, kesedihan mahupun rasa terkilan dalam hati yang sukar dihapus sepantas kilat. Semuanya memerlukan masa. Renungkan bahawa Allah telah mengurniakan kita ujian ini adalah sebagai peringatan atau kifarah kepada dosa masa lalu. Ataupun sekadar takdir yang telah Allah tetapkan bagi kita kerana adanya sesuatu perkara atau seseorang itu kepada kita hanyalah kurniaan sementara sahaja yang Allah berikan. Yakinilah setiap apa yang terjadi dari Allah itu hanyalah yang terbaik dan disitulah terletaknya hikmah Allah yang bakal diberikan di masa akan datang yang mana bergantung kepada penerimaan kita, keikhlasan mendidik hati kita kerana Allah.

Sesungguhnya dalam keempat-empat ujian ini, tiadalah satu pun yang saya sendiri dapat mengatasinya dengan baik. Namun sebagai Muslim yang bercita-cita untuk menjadi orang yang beriman, hendaklah kita redha ketentuan Allah dan BERUSAHA mendapat penyelesaian kepada setiap ujian yang telah diberikan kerana itulah juga pengukur kepada kesungguhan kita mendapat keredhaan Allah.

Thursday, August 18, 2011

Cara Etiqa mendukung maksud Takaful

Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'kafala' yang bererti UNTUK MENJAMIN, MENJAGA atau MEMELIHARA.

Oleh kerana 'Takaful' merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala' maka ia juga membawa erti 'SALING MENJAMIN, MENJAGA atau MEMELIHARA'

Menurut Akta Takaful 1984, 'Takaful' ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Secara amnya, takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana di timpa musibah.

Namun begitu, orang Islam yang beriman harus tahu bahawa lebih afdal mencari yang halal dan suci untuk dijadikan kegunaan. Baik dari segi memilih bank untuk menyimpan wang simpanan atau memilih institusi pelaburan untuk disertai. Justeru, apatah lagi dalam usaha mendapatkan jaminan kewangan untuk diri yang mana menjuruskan kita kepada menyumbang sebahagian wang ke dalam akaun untuk diri dan sebahagian wang lagi ke tabung tabarru' untuk menderma setiap bulan di mana ketaranya dicatitkan dalam kontrak bahawa wang itu akan dilabur agar semua dapat menikmati keuntungannya.

Selain dari menjana ekonomi negara Islam kita yang tercinta ini, kita juga menjana ekonomi diri dan keluarga iaitu yang pasti ia selaras dengan unjuran Islam yang mahukan umatnya mencari kekayaan dengan keredhaan agar dapat membantu sesama insan lain dan menunaikan zakat.

Lalu, Etiqa lebih menitikberatkan kesucian pelaburannya dengan memastikan tiada gharar (ketidakjelasan), maisir (judi) dan riba'. Ini kerana wang yang disumbang oleh peserta akan dijanakan bagi mendapat keuntungan. Etiqa sangat bertegas dalam perkara ini dengan campur tangan terus dan mutlak oleh pengawasan Majlis Syari'ah diterajui Tan Sri (Dr.) Haji Harussani Bin Haji Zakaria yang berkuasa penuh dalam mengkaji terlebih dahulu prospek pelaburan sebagaimana yang dibolehkan.


Friday, July 29, 2011

Ijtihad

Ijtihad bermaksud usaha memetik hukum dari sumber utama iaitu Al Qur'an dan Sunnah dalam menggembleng perundangan syari'ah di dalam kehidupan Muslim. Ia merupakan sumber kedua yang mana diperolehi dengan kaedah:

Ijma' - iaitu persetujuan pendapat sesama ulama'

Qiyas - iaitu secara kiasan yang mana menggabungkan atau menyamakan dalam menetapkan suatu hukum dengan suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya namun memiliki persamaan dalah sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek dalam perkara terdahulu sehingga dihukumi sama.

Istihsan - kecenderungan ulama'

Maslahah Mursalah - kepentingan masyarakat

'Uruf - adat resam

Secara literal, ijtihad bermaksud 'berjuang' atau berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memetik sesuatu hukum dari sumber-sumber utama yang mana telah disebutkan seperti di atas dari Al Qur'an dan Sunnah.

Diriwayatkan Nabi Muhammad SAW telah menyuruh seorang Badwi yang membiarkan untanya tanpa diikat kerana berserah kepada Allah.

"Ikatlah unta mu terlebih dahulu dan kemudian berserah kepada Allah"
(Terjemahan Hadith riwayat Al-Tarmizi dan Ibn Majah)

Dah simpan ke belum untuk masa sakit nanti?

Setiap orang akan mengalami sakit. Kalau tidak di hari tua, di hari hampir nak tua pun mungkin boleh jadi juga. Sakit yang dimaksudkan disini ialah sakit sakit kritikal seperti strok, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, cancer dan seumpamanya. Tidak terkecuali pula orang orang muda yang selalu sahaja mengisytiharkan diri mereka masih kuat dan tidak akan sakit.

Apabila keadaan sakit ini berlaku keatas kita, selalunya kesemua wang simpanan kita akan digunakan untuk ubat-ubatan, kos perjalanan ke pusat rawatan dan hospital, kos konsultasi doktor, kos perubatan tradisional, belanja rawatan ulangan dan sebagainya. Ini menimbulkan kesedaran pada diri iaitu sekiranya wang kita sudah disimpan untuk kegunaan di hari tua mungkin tidak lagi boleh diharapkan untuk tujuan itu. Bagaimana pula dengan pelajaran anak-anak? Sekiranya salah seorang yang sudah bekerja bolehlah diharapkan menolong tetapi akhirnya anak yang sudah bekerja itu tentunya ingin berkahwin, bagaimana pula nasib kita yang sakit ini sekiranya mereka sudah berkahwin dan ada kehidupan serta tanggungjawab sendiri yang perlu mereka dahulukan?

Perlindungan takaful bukan sahaja sebagai jalan untuk keluar apabila kita dilanda sakit kritikal tetapi juga sebagai satu usaha kita menyimpan wang titik peluh dengan lebih baik, disiplin dan efisyen. Wang kita simpan akan dilaburkan mengikut syariah Islam sistem mudharabah. Justeru nanti pada akhir hidup kita, sekiranya masih sihat dan kuat, wang tersebut bolehlah digunakan untuk liburan hari tua, pergi ke Makkah dan sebagainya. Dan ditakdirkan kita meninggal dunia, kita ada sejumlah wang untuk diberikan kepada anak-anak kita.

Pemilihan untuk menyimpan dengan pengendali takaful yang mana satu juga memerlukan maklumat yang tepat. Takaful menjana wang dengan berlandaskan syariah Islam secara mudharabah haruslah dipantau aktiviti pelaburannya. Kita harus memastikan wang kita diselia oleh orang-orang yang tegas dalam Syariah Islam. Kita juga perlu pastikan syarikat pengendali takaful kita mengasingkan wang kita dalam akaun yang lain berjauhan dari akaun konvensional. Selain itu, patut juga kita pastikan wang kita tidak juga digunakan untuk menolong orang yang menentang Islam.

Maybank Etiqa Takaful adalah syarikat yang bertauliah dalam tatacara takaful yang bersih dari sifat-sifat perlaburan yang tidak pasti. Selain daripada dikenali ramai sebagai jenama produk Malaysia, Maybank Etiqa Takaful juga mempunyai pengawasan Syariah yang tegas. Ini terbukti dengan kepimpinan bekas Mufti Perak Haji Harussani bin Haji Zakaria dalam Majlis Pengawasan Syariah Etiqa Takaful Berhad.

Sedarlah kita ini cuma manusia biasa. Kehadiran kita di bumi Allah ini adalah sementara. Kita menyimpan demi anak-anak, cita-cita menunaikan haji di Makkah dan kalau ada lagi rezeki kita, dapatlah kita menolong ummah yang lain sekiranya dalam kesusahan. Itulah konsep takaful.