Kehidupan yang penuh cabaran tentunya menjadi asam garam pengalaman seorang manusia di dalam dunia yang fana ini. Apabila kita renungkan diri sendiri sedalamnya, apakah kita akan mampu untuk muhasabah diri dan merealisasikan apa yang ingin diinsafkan?
Terkadang kita alpa dan mengambil ringan kesenangan yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Bila dibuai perasaan tidak sedar kita mula memperkecilkan impak yang mungkin bila bila masa sahaja Allah boleh timpakan kepada kita. Sedangkan kita seharusnya menilai kurniaan nikmat Allah yang hakikatnya banyak telah diberi.
Bila setitik nila jatuh ke dalam air terus ianya membiru menebar warnanya menukar air yang tadi jernih. Begitulah umpamanya kehidupan kita. Tanpa perancangan untuk menyelamat dari kemungkinan menghadapi musibah, maka kehidupan kita akan berubah keseluruhannya. Contohlah kalau semalam kita ditimpa kemalangan di jalan raya:-
1) Apakah kita tahu terlebih dahulu bahawa semalam itu ialah hari kita akan ditimpa kemalangan?
2) Apakah kita boleh tahu bagaimana tahap serius atau tidak kesakitan dialami sebelum berlakunya kemalangan tersebut?
Jadi, kalau kita memikirkan dalam benak akal kita dengan perumpamaan yang saya berikan, apalah erti setitik nila disini. Nyawa memang milik Allah. Nyawa kita dan kehidupan di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah. Kita diperintah beribadat kepada Allah justeru untuk menjalankan ibadat tersebut wajiblah kita menjadi orang yang berguna yang mampu mengadakan kemudahan untuk diri dan keluarga tanpa tiada menyusahkan orang lain.
Dengan kad medikal PruBSN Takaful, mencarum perlindungan untuk diri dan keluarga dengan cara tabarru' (menderma) adalah pilihan halal dan suci bagi seseorang Muslim khasnya yang bergelar bapa. Ini kerana seorang bapa yang kebiasaannya membawa pulang nafkah menyara anak anak dan isteri sangat penting dalam menjamin kehidupan institusi keluarga.
No comments:
Post a Comment