Thursday, August 18, 2011

Cara Etiqa mendukung maksud Takaful

Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'kafala' yang bererti UNTUK MENJAMIN, MENJAGA atau MEMELIHARA.

Oleh kerana 'Takaful' merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala' maka ia juga membawa erti 'SALING MENJAMIN, MENJAGA atau MEMELIHARA'

Menurut Akta Takaful 1984, 'Takaful' ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Secara amnya, takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana di timpa musibah.

Namun begitu, orang Islam yang beriman harus tahu bahawa lebih afdal mencari yang halal dan suci untuk dijadikan kegunaan. Baik dari segi memilih bank untuk menyimpan wang simpanan atau memilih institusi pelaburan untuk disertai. Justeru, apatah lagi dalam usaha mendapatkan jaminan kewangan untuk diri yang mana menjuruskan kita kepada menyumbang sebahagian wang ke dalam akaun untuk diri dan sebahagian wang lagi ke tabung tabarru' untuk menderma setiap bulan di mana ketaranya dicatitkan dalam kontrak bahawa wang itu akan dilabur agar semua dapat menikmati keuntungannya.

Selain dari menjana ekonomi negara Islam kita yang tercinta ini, kita juga menjana ekonomi diri dan keluarga iaitu yang pasti ia selaras dengan unjuran Islam yang mahukan umatnya mencari kekayaan dengan keredhaan agar dapat membantu sesama insan lain dan menunaikan zakat.

Lalu, Etiqa lebih menitikberatkan kesucian pelaburannya dengan memastikan tiada gharar (ketidakjelasan), maisir (judi) dan riba'. Ini kerana wang yang disumbang oleh peserta akan dijanakan bagi mendapat keuntungan. Etiqa sangat bertegas dalam perkara ini dengan campur tangan terus dan mutlak oleh pengawasan Majlis Syari'ah diterajui Tan Sri (Dr.) Haji Harussani Bin Haji Zakaria yang berkuasa penuh dalam mengkaji terlebih dahulu prospek pelaburan sebagaimana yang dibolehkan.